Video ini adalah antara video pertama yang viral (dapat banyak views tiba-tiba) di TikTok.
Saya pun tak tahu sebab apa, mungkin sebab dia simple dan senang nak ikut.
Cuma yang tricky strumming pattern ni ialah awak kena strum selang seli volume kuat dan volume slow.
Strumming Pattern Muted ni awak kena biasakan strum down up dulu.
Lepas tu bila strum down beat 2 dan beat 4, buat palm muting (tutup tali dengan tapak tangan) untuk dapatkan bunyi muted tu.
Strumming pattern ni best sebab bunyi muted tu dia merancakkan bunyi strum tu, macam ala-ala bunyi drum sikit.
Strumming Pattern Syncopated ni bunyi dia nampak senang, tapi dia boleh jadi mengelirukan bila awak nak tukar chord.
Jadi tips yang saya boleh kongsi ialah kebiasaanya dekat beat 1 tu awak akan tukar chord baru.
(Kebiasaannya macam tulah, tapi tak semestinya)
Strumming Pattern Reggae ni saya panggil Copy Ori sebab biasanya Strumming Pattern Reggae orang guna Bar Chord.
Tapi saya faham tak semua orang reti main Bar Chord jadi sebab tu saya buat tutorial ni.
Ya Strumming Pattern ni agak advanced sebab dia memerlukan awak control tangan yang Strum tu untuk mutekan tali dengan cepat.
Jadi nasihat saya praktis slow-slow dan satu-satu. Jangan kelam kabut nak laju-laju, ini bukan pertandingan.
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment *
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
One Response