Main gitar ni sakit jarilah, takde ke tips taknak bagi sakit jari?
Sakit jari main gitar? Itu benda biasa.
Sebenarnya sakit jari ni benda wajib bila nak belajar main gitar.
Kita hanya boleh kurangkan je sakit tu, tapi kita tak boleh elak terus 100%.
Cara paling bagus untuk elak sakit jari waktu main gitar adalah dengan selalu main gitarlah.
Bila kita selalu main gitar, jari kita akan develop satu lapisan tebal kat jari, yang namanya ialah callus.
Lapisan tebal tulah yang akan jadikan jari awak semakin kebal terhadap rasa sakit tu.
Tapi selain daripada selalu praktis gitar untuk bagi jari kebal dari sakit, ada beberapa tips tambahan yang saya nak kongsi dengan awak.
So ini dia, 4 tips untuk elak sakit jari waktu main gitar.
Tips 1 : Praktis sekejap tetapi kerap
Maknanya kita praktis 15 minit , pastu rehat 10 minit, lepas tu sambung praktis 15 minit lepas tu rehat 10 minit.
Maknanya buat sesi praktis yang sekejap tetapi buat dalam 4 ke 5 sesi dan selitkan masa rehat di antara setiap sesi praktis.
Bila kita ambik masa nak rehat kejap, jari kita mungkin tak sempat nak rasa sakit sangat.
Jadi cara nak praktis ni sesuai untuk orang yang tak tahan sakit jari.
Tips 2 : Bila buat chord, letak jari untuk full shape chord dulu lepas tu baru tekan
Letakkan (sentuh) jari pada tali dan fret yang betul dulu.
Contohnya untuk Chord C, kita tahu yang jari telunjuk kena tekan tali 2 fret 1, jari tengah tekan tali 4 fret 2, jari manis tekan tali 5 fret 3.
Jadi sebelum tekan tali tu, awak letak (sentuh) je jari terlebih dahulu untuk buat position chord C tu.
Bila awak rasa dah confirm shape chord yang awak buat tu betul, baru tekan.
Macam mana nak tahu chord kita tu letak jari di tempat betul?
Bandingkan jelah dengan diagram chord kat google ataupun Youtube ataupun buku.
Kalau awak dah tekan chord siap-siap, jari awak tak sempat habiskan shape chord ada jari yang dah sakit dulu.
Sebab tu letak jari je dulu untuk buat full shape chord, lepas tu baru tekan.
Ingat, letak jari dekat tali beza dengan tekan tali.
Kalau awak tak boleh bayangkan apa yang saya explain dalam tips no 2 ni boleh tengok video dibawah.
Mungkin lagi senang nak nampak dan faham.
Tips 3 : Jangan kupas "layer tebal" kat jari
Sesetengah orang suka kupas “layer tebal” kat jari mereka sebab katanya buruk.
Seeloknya jangan kupas, layer tebal tu untuk bagi jari awak kebal.
Kalau awak kupas, macam mana nak bagi jari tu jadi kebal?
Kalau nak kupas pun, jangan kupas semua, just kupas bagi rata je.
Tips 4 : Jangan main gitar waktu tangan basah
OK, mungkin bunyi macam kelakar.
Tapi bila jari awak basah, jari awak akan jadi lembut.
Bila jari lembut, dia akan jadi sensitif dan senang sakitlah.
Jadi, kalau awak baru lepas mandi ke, baru lepas basuh tangan selepas makan ke, baru lepas redah hujan ke.
Keringkan tangan sekering-keringnya sebelum main gitar.
Tangan dah kering baru boleh main gitar.
Kalau guna pelindung jari untuk gitar boleh tak?
Incase awak tak tahu pelindung jari ni macam mana boleh tengok gambar diatas, dia macam sarung tangan tapi untuk jari.
Jadi bila pakai pelindung jari ni akan tak sakit jarilah main gitar.
Tak salah nak guna , tapi secara peribadi, saya tak galakkan.
Sebab sampai bila nak bergantung pada alat tu?
Setiap kali nak main gitar nak kena pakai, kan leceh tu.
So saya harap apa yang saya share ni membawa manfaatlah kepada awak, terutamanya yang baru nka berjinak-jinak belajar main gitar.
Teruskan praktis ya gitaris sekalian, jangan biarkan sakit jari menghentikan anda dari bergitar.
Nak belajar tips pasal chord? Boleh tekan button hijau dibawah.