Biasanya benda pertama yang orang buat untuk belajar main gitar ialah belajar chord asas lah kan.

 

Tapi kalau nak belajar chord ni, nak taknak memang kena pandai baca diagram chord lah.

 

Sebab biasanya kalau awak search chord dekat Google atau Youtube, memang biasanya dia akan bagi diagram chord untuk awak ikut.

 

Jadi dalam artikel ni saya nak kongsi cara baca diagram chord.

 

Pertama sekali awak kena tahu jenis-jenis diagram chord yang biasa digunakan orang ramai.

3 Jenis Diagram Chord Yang Awak Akan Selalu Jumpa

Chord C
Diagram 1
Chord C
Diagram 2
Chord C
Diagram 3

Sebenarnya semua diagram ni tak jauh beza pun.

 

Yang membezakan ada nombor atau tak je, dan kalau ada nombor dia letak kat mana.

 

Diagram 1 : Takde nombor dekat diagram

 

Diagram 2 : Ada nombor dekat bahagian tali dan didalam kotak

 

Diagram 3 : Ada nombor diluar bahagian tali dan diluar kotak

Macam mana nak baca diagram chord ni?

(a) Kenali Tali & Fret Didalam Diagram Chord

Mula-mula awak kena bayangkan diagram chord ni macam  awak tengok gitar awak berdiri depan awak.

guitar acous berdiri Belajar Gitar Bersama AzamPro
Cara Baca Diagram Chord
Kalau dibandingkan dengan gambar gitar disebelah, akan nampak Tali 6 ialah tali paling atas manakala Tali 1 ialah tali paling bawah.

PENTING : Pastikan awak hafal turutan tali supaya tak keliru dan awak dapat baca diagram chord dengan lebih pantas

Tips simple ialah hanya perlu ingat :

Tali paling kiri (Tali 6) dalam diagram ialah TALI PALING ATAS

Tali paling kanan (Tali 1) dalam diagram ialah TALI PALING BAWAH

 

Ok dah faham kan turutan tali dan fret? Sekarang jom kita pergi kepada simbol dan nombor pada diagram tu pulak.

(b) Kenali Simbol Didalam Diagram Chord

Chord C
cara baca diagram chord

(c) Kenali Nombor Didalam Diagram Chord

Kalau bulat hitam yang ada nombor macam dekat Diagram 2 dan Diagram 3 tu apa maksud dia?

Nombor tu apa?

 

Ok nombor tu sebenarnya nombor untuk jari.

 

1 = Jari Telunjuk

2 = Jari Tengah

3 = Jari Manis

4 = Jari Kelingking

Chord C
Chord C

OK sekarang dah kenal dan faham kan apa maksud simbol dan nombor dekat Diagram tu kan?

 

Next, kita belajar macam mana nak tekan chord berdasarkan Diagram Chord.

(d) Cara Tekan Chord Mengikut Diagram Chord

Ok sekarang kita ambik chord C sebagai chord untuk kita cuba tekan

Chord C

Ok so untuk mudah kita akan baca diagram ni by fret dulu.

 

FRET 1

 

So kita tengok fret 1 tali mana kena tekan?

 

Nampak kan bulat hitam yang ada tulis no 1 tu, so bulat hitam dekat tali no 2.

 

Jadi maknanya awak kena tekan jari telunjuk (jari no 1) dekat tali nombor 2.

 

Ada lagi tali nak kena tekan?

 

Takde kan? Jadi boleh tengok fret seterusnya pulak.

FRET 2

 

Sekarang fret 2 tali mana nak kena tekan?

 

Bulat hitam tu dekat tali nombor 4. Dan dalam bulat hitam tu ada tulis nombor 2.

 

Jadi maknanya awak kena tekan jari tengah (jari no 2) dekat tali nombor 4.

 

Ada lagi tali nak kena tekan?

 

Kalau takde boleh tengok fret seterusnya pulak.

FRET 3

 

Sekarang fret 3 tali mana nak kena tekan?

 

Bulat hitam tu dekat tali nombor 5. Dan dalam bulat hitam tu ada tulis nombor 3.

 

Jadi maknanya awak kena tekan jari manis (jari no 3) dekat tali nombor 5.

 

Dan itu ialah fret dan tali terakhir berdasarkan diagram chord tersebut.

Ok mungkin tak cukup satu contoh. Kita ambik Chord E pulak sebagai contoh.

Chord E

Macam contoh Chord C sebelum ni, kita akan mulakan dengan Fret 1 dulu.

 

FRET 1

 

So kita tengok fret 1 tali mana kena tekan?

 

Berdasarkan diagram, kita kena tekan dekat tali nombor 3, guna jari telunjuk (jari nombor 1)

 

Ada lagi tali nak kena tekan?

 

Kalau takde kita boleh tengok fret seterusnya pulak.

FRET 2

 

Sekarang fret 2 tali mana nak kena tekan?

 

OK Chord E berbeza sedikit dengan chord C sebab dalam satu fret ada dua tali nak kena tekan dengan jari yang berbeza.

 

Berdasarkan diagram Chord E, kita kena letak jari tengah (jari nombor 2) dekat tali nombor 5.

 

Lepas tu jari manis (jari nombor 3) kena letak dekat tali nombor 4.

 

Ada lagi tali nak tekan?

 

Takde kan.

 

Fret seterusnya pun takde tali nak kena tekan, jadi macam tulah caranya kita nak tekan Chord E.

Saya Dah Pandai Baca Diagram Chord, Sekarang Nak Buat Apa Pulak?

Ok, kalau awak dah pandai baca diagram Chord, sekarang awak dah boleh mula belajar beberapa Chord Asas.

 

Tapi untuk peringkat awal, mungkin awak rasa pening nak belajar Chord yang mana satu dulu kan.

 

Jadi untuk mudahkan awak, saya dah senaraikan 7 Chord terpaling wajib untuk gitaris tahu.

 

Klik artikel dibawah untuk baca artikel saya pasal 7 Chord Asas Yang Gitaris Wajib Tahu.

Membantu Tak Artikel Ni?

Jadi itulah caranya nak baca diagram chord.

 

Apa pendapat awak pasal artikel ni? Membantu?

 

Kalau rasa membantu boleh tinggalkan di ruangan komen dibawah supaya saya tahu apa yang saya buat ni bermanfaat dan saya lebih bersemangat nak tulis banyak lagi artikel macam ni.

 

Ataupun awak ada cadangan ataupun soalan pasal artikel ni yang awak nak bagi kat saya?

 

Boleh komen jugak dibawah.

Nak Tambah Ilmu Gitar Secara Percuma?

Nak dapat tips gitar setiap minggu?

 

Saya amat mengalukan awak join Newsletter Celik  Muzikal Bersama AzamPro.

 

Kalau awak join, awak akan dapat emel TIPS GITAR setiap hari Selasa dan Jumaat.

 

Klik gambar dibawah kalau berminat nak join

newsletter gitar
KLIK GAMBAR UNTUK JOIN

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *