Kalau awak baru nak belajar main gitar, nasihat yang mungkin biasa awak dengar ialah “Mula dengan belajar chord basic dulu”.

 

Tapi kadang-kadang awak mungkin rasa blur nak belajar chord yang mana satu dulu.

 

Jangan risau, dalam artikel ni saya akan kongsikan 7 chord asas yang penting untuk awak mula belajar main lagu.

 

Mungkin awak terfikir “Ala setakat senarai chord wajib tahu kat Google pun berlambak”

 

Ok, apa yang istimewanya dalam artikel ni ialah saya susun 7 Chord Asas ni dalam cara yang LEBIH MUDAH NAK INGAT.

7 Chord Asas Yang Gitaris Wajib Tahu

Chord C
Chord Dm
Chord E
Chord Em
Chord F
Chord G
Chord Am

Jom belajar setiap satu chord ni

Seperti yang dijanjikan saya akan ajar satu per satu chord ni dalam turutan yang awak lebih mudah nak ingat.

 

Tapi sebelum tu awak kena pandai baca diagram chord terlebih dahulu.

 

Jadi pergi baca artikel dibawah ni dulu, lepas tu baru sambung baca artikel ni balik.

Dah tau cara nak baca diagram chord?

 

Ok jom kita teruskan pembelajaran

Chord C

Berdasarkan diagram Chord C ni, kita kena letak jari telunjuk dekat tali nombor 2 fret 1.

 

Jari tengah kena letak dekat tali nombor 4 fret 2.

 

Jari manis kena letak dekat tali nombor 5 fret 3.

 

Pastikan awak hafal Chord C ni, sebab dari Chord C ni kita nak ingat Chord Am, Chord F dan Chord G.

 

Jadi jom belajar chord Am dan Chord F pulak.

 

Chord G kita belajar last sebab dia ada banyak jenis fingering.

 

Kita belajar Chord Am dululah sebab fingering dia lagi senang dari Chord F.

Chord Am

Sekarang ni apa yang membezakan Chord ni Am dan Chord C ialah awak hanya perlu gerakkan jari manis je.

 

Jari manis tu perlu digerakkan dari tali 5 fret 3, ke tali 3 fret 2 (letak jari manis dibawah jari tengah)

 

Senang kan nak ingat?

 

Takkan gerak satu jari pun boleh lupa.

 

Ok sekarang jom belajar Chord E pulak.

Chord E

Kalau perasan Chord E ni, sebenarnya bentuk dia sama je macam Chord Am.

 

Tak percaya cuba buat bentuk Chord Am.

 

Lepas tu, bawak setiap jari tu naik 1 tali keatas.

 

Maka akan dapatlah Chord E.

 

Simple kan.

 

Mesti boleh ingat punya.

Chord Em

Chord Em ni pulak bezanya dengan Chord E hanya perlu angkat jari telunjuk je.

 

Jadi kalau awak ingat Chord E, sepatutnya mesti boleh ingat Chord Em.

 

Ok sekarang jom kita belajar Chord yang menjadi mimpi ngeri setiap gitaris beginner.

Chord F

Selamat datang ke chord asas yang paling susah yang membuat gitaris beginner menangis kepiluan.

 

Mungkin F ni maksudnya Frustration.

 

Ataupun mungkin Chord ni boleh membuatkan gitaris Beginner mencarut “F you”

 

Ok dah-dah jangan mengarut.

 

 

Chord F ni apa yang menjadikan dia susah adalah sebab awak kena tekan dua tali pada fret  yang sama guna jari telunjuk.

 

Itu yang susah. Jadi kalau awak struggle nak tekan chord F ni jangan risau.

 

Benda tu biasa, semua gitaris otai pun pernah rasa.

 

 

OK sekarang kita nak cerita pasal perbandingan antara Chord C dan Chord F.

 

Sebenarnya Chord C dengan Chord F ni tak jauh beza.

 

Bezanya daripada Chord C tu, awak hanya perlu turunkan jari manis dan jari tengah satu tali.

 

Kemudian jari telunjuk tu baringkan sikit untuk tekan dua-dua tali sekaligus (tali 1 & tali 2)

Chord Dm

Sekarang jom belajar Chord Dm pulak.

 

Chord Dm ni sebenarnya bentuk dia ada kaitan dengan Chord F.

 

Cuba awak buat Chord F.

 

Sekarang turunkan sikit jari telunjuk tu kebawah hanya tekan Tali no 1.

 

Lepas tu jari tengah tu hanya perlu stay pada tali no 3 fret 2.

 

Lepas tu jari manis pulak hanya perlu turunkan kebawah sebanyak 2 tali.

 

Ha kan senang nak ingat Chord tu bila kita kaitkan bentuk-bentuk dia.

 

 

Ok sekarang kita nak belajar Chord G pulak.

 

Tapi Chord G ni pelik sikit, sebab Chord G ni paling banyak mazhab.

 

Ada saya tengok kawan saya buat fingering macam ni, ada yang buat lain sikit.

 

Jadi saya senaraikan 3 fingering Chord G yang biasa gitaris gunakan.

Chord G
Chord G (Fingering 1)

Chord G jenis ni ialah Chord G kegemaran saya.

 

Sebab fingering dia ada kaitan dengan Chord C.

 

Cuba awak buat Chord C.

 

Daripada Chord C tu, kalau awak nak jadikan dia Chord G jenis ni, awak hanya perlu naikkan jari telunjuk dan jari tengah sebanyak satu tali.

 

Kemudian awak perlu angkat jari telunjuk dari tali no 2 fret 1.

 

Akhir sekali, awak perlu letak jari kelinking pada tali bawah sekali pada fret 3.

 

Maka akan dapat Chord G macam dalam gambar diatas.

 

Tapi sejujurnya sepanjang pemerhatian saya tak ramai member gitaris saya yang buat Chord G jenis ni.

 

Mungkin sebab susah nak guna jari kelinking tu kot.

 

Tapi takde masalah, kalau awak rasa susah nak guna jari kelinking, awak boleh belajar Chord G guna fingering lain pulak.

Chord G
Chord G (Fingering 2)

Chord G jenis ni saya rasa Chord yang paling dekat dengan dia ialah Chord Dm.

 

Sebab kedua-dua Chord Dm dan juga Chord G kena letakkan jari manis (jari 3) pada tali no 2 fret 3.

 

Tak percaya cuba awak tekan Chord Dm.

 

Kemudian cuba tukar ke Chord G.

 

Awak akan perasan yang jari manis awak hanya kekal di tali dan fret yang sama.

Chord G
Chord G (Fingering 3)

Cumanya Chord G jenis ni saya tak tahu nak kaitkan dengan Chord apa nak bagi senang ingat, jadi pandai-pandailah awak cuba ingat, haha.

Tak Susah Kan Nak Ingat Chord Ni?

Sebenarnya bila kita pandai kaitkan bentuk-bentuk chord ni kita lagi senang nak ingat.

 

Kalau kita hanya hafal chord tu bulat-bulat je bagi saya memang akan jadi susahlah nak ingat.

 

Sebabnya otak kita ni secara semulajadinya lebih senang nak ingat benda yang ada kaitan dan benda yang ada pattern.

Kenapa 7 Chord Asas Ni Gitaris Wajib Tahu

Kenapa saya cakap 7 chord ni gitaris wajib tahu?

 

Sebabnya ialah bila awak Google “easy chord”, biasanya dia akan bagi chord-chord yang saya senaraikan ni.

 

Lagipun, bila awak boleh main 7 chord ni, sebenarnya dah banyak dah lagu yang awak boleh belajar.

 

Tujuan awak belajar main gitar pun mesti nak main lagu kan, jadi baik masterkan 7 Chord Asas ni dulu sebelum belajar Chord lain.

 

 

Tapi kalau awak rasa awak power nak belajar banyak-banyak chord belajar jelah, takde pun saya nak larang.

 

Ini saya hanya senaraikan chord awak patut utamakan je, supaya awak senang nak mula belajar main lagu.

 

Lagipun daripada belajar banyak-banyak chord lepas tu tak ingat, baik belajar chord sikit tapi dah boleh main banyak lagu, kan lagi senang gitu.

Turutan Chord Lebih Mudah Ingat (Versi Gambar)

Chord Asas Gitar
chord asas gitar
chord asas gitar

Membantu tak artikel ni?

Jadi apa pendapat awak tentang artikel ni?

 

Membantu tak?

 

Atau awak ada soalan nak tanya pasal topik ni?

 

Atau awak ada apa-apa cadangan awak nak kongsi dengan saya?

 

Sila tinggalkan komen dibawah, segala feedback yang awak berikan amat saya hargai.

Nak Tambah Ilmu Gitar Secara Percuma?

Nak dapat tips gitar setiap minggu?

 

Saya amat mengalukan awak join Newsletter Celik  Muzikal Bersama AzamPro.

 

Kalau awak join, awak akan dapat emel TIPS GITAR setiap hari Selasa dan Jumaat.

 

Klik gambar dibawah kalau berminat nak join

newsletter gitar
KLIK GAMBAR UNTUK JOIN

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *