belajar strumming pattern
Belajar Strumming Pattern 1 : Arah Strum Down & Up

Bila baru belajar strumming pattern ni, macam-macam persoalan timbul

Antara persoalan yang timbul ialah pasal arah strum, down dan up.

 

Apa beza strum down dan  strum up?

 

Tak boleh ke strum down je?

 

Bila nak strum down, bila nak strum up?

 

Ok kalau awak ada persoalan yang sama boleh baca artikel ni sampai habis.

 

Sama-sama kita belajar strumming pattern secara mendalam.

2 Kelebihan Bila Kita Selang Seli Strum Down Dan Strum Up

Sebenarnya tak jadi kesalahan pun kalau awak nak strum down sahaja atau awak nak strum up sahaja.

 

Cumanya, bila kita selang selikan strum down dan strum up, ada 2 kelebihan yang kita boleh dapat.

 


 

Kelebihan 1 : Selang seli strum down dan strum up merupakan cara strum yang lebih efisien dan jimat tenaga.

 

Kenapa jimat tenaga?

 

Let say saya ambil strum down sahaja sebagai contoh.

 

Strum down sahaja ni ibarat turun gelongsor.

 

Bila kita nak ulang strum down sekali lagi, kita kena naikkan tangan kita keatas balik.

 

Lepas tu strum kebawah.

 

Lepastu naikkan tangan keatas, lepas tu turun balik strum kebawah.

 

Kalau awak ulang-ulang banyak kali dia akan jadi lebih cepat penat berbanding dengan cara strum selang seli strum down dan strum up.

 

Kalau awak strum selang seli down dan up dia sekali harung je pergerakan tu.

 

Strum down pun bunyi, strum up pun bunyi.

 

OK, nak lagi senang dan lagi nampak dia punya penat tu, cuba awak ambil mana-mana strumming pattern, lepas cuba main strum down sahaja.

 

Awak akan dapat rasa yang tangan awak akan rasa lebih cepat penat kalau main satu arah sahaja.

 


 

Kelebihan 2 : Dari segi tone dan sound pula, selang seli strum down dan strum up bunyi dia lagi menarik dan nampak lagi natural

 

Bunyi strum down dan bunyi strum up ni sebenarnya ada beza.

 

Cuba dengar betul-betul.

 

Lepas tu awak bandingkan dengan bunyi awak strum down sahaja ataupun bunyi awak strum up sahaja.

 

Bunyi strum satu hala ni biasanya kedengaran mendatar dan monotone, tone dan sound dia sama je.

 

Jadi kurang menariklah bunyinya macam tu.

 

Sebab tu lagi bagus kalau kita pandai gabungkan selang seli antara strum down dan juga strum up, barulah bunyi strumming kita nampak meriah dan menarik.

Cara nak strum UP yang lebih jimat tenaga

Sebenarnya ada trick tambahan nak bagi strumming down dan up kita lebih efisien dan jimat tenaga.

 

Caranya ialah :

 

Waktu strum down kita strum semua tali

 

Waktu strum up tu kita strum sentuh 2 atau 3 tali bawah je

 

Sebab kalau kita strum up pun kita nak strum sentuh semua tali sampai atas, kita dah buang tenaga dekat situ.

 

Tak percayalah cubalah try buat strum up sampai tali atas, lepas tu bandingkan dengan strum up yang hanya strum sentuh 2 atau 3 tali bawah je.

 

Cuba rasa perbezaan tenaga yang digunakan.

Macam mana nak tentukan bila nak strum down dan bila nak strum up

Idea asasnya ialah kita bayangkan strumming pattern ni macam satu loop (putaran).

 

Strumming pattern ni sebenarnya dia dimainkan diatas satu kiraan beat yang konsisten.

 

Contohnya beat 1 2 3 4, lepas tu ulang beat 1 2 3 4, lepas tu ulang lagi beat 1 2 3 4.

 

Kebiasaannya strumming pattern akan strum down pada beat 1. 

 

Senang cakap setiap kali awak mula satu loop strumming pattern 1 2 3 4, awak biasanya akan mula dengan strum down.

 

Nak lebih jelas dan nampak, cuba tengok video kat bawah.

Itulah serba sedikit pasal arah strum.

 

Jadi saya harap artikel ni membantu awak untuk faham apa bezanya strum down dengan strum up dan  macam mana arah strum ni dapat bantu kita jimat tenaga dalam strumming.

 

OK, kalau awak dah faham pasal arah strum ni, jom belajar strumming pattern dari sudut lain pulak, iaitu dari sudut Dynamic.

 

Klik link dibawah untuk baca artikel Belajar Strumming Pattern 2 | Dynamic.

 

http://azampro.com/belajar-strumming-pattern-2-dynamic/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *