Nak strumming gitar ni secara asasnya ada 2 cara.
Satu guna pick, satu lagi tak perlu guna pick.
Tapi tulah, pick ni tak semua gitaris ada. Kalau ada pun mungkin selalu hilang.
Jadi dalam video ni saya payung video cara strumming tanpa guna pick so that awak tak perlu terlalu bergantung kepada pick.
Cara strumming ni ada banyak jenis, yang saya share dengan awak ni ialah cara strumming yang saya sendiri guna.
Secara asasnya ada dua cara strumming tanpa guna pick (yang saya sendiri guna)
Satu saya panggil Strum Minilove.
Satu lagi saya panggil Strum Takut Ibu Marah.
Strum Minilove
Strum Minilove ni kita gunakan jari telunjuk dan ibu jari.
Caranya adalah dengan membuat bentuk minilove.
Rujuk gambar dibawah kalau awak tak tahu minilove ni apa.
Sekarang rapatkan ibu jari awak ke hujung jari telunjuk.
Kemudian strum gitar awak kebawah dengan menggunakan hujung kuku jari telunjuk.
Pastikan ibu jari dan jari telunjuk awak tu melekat waktu strum gitar tu kebawah.
Bila awak dah strum kebawah mesti awak nak tahu cara strum keatas juga kan.
Cara nak strum keatas ni agak berbeza sedikit.
Strum keatas kita gunakan ibu jari bahagian tepi, kita tak guna kuku.
Bila nak strum keatas pulak, pisahkan ibu jari daripada jari telunjuk.
Maknanya waktu awak strum keatas tu, jari telunjuk dan ibu jari tu tak perlu melekat macam strum kebawah.
Tujuan dia adalah untuk bagi pergerakan strum kebawah dan keatas tu lebih natural dan nak minimakan pergerakan jari yang tak sepatutnya.
Strum Takut Ibu Marah
Bayangkan waktu malam, awak gian nak main gitar tapi awak takut nak main sebab takut ibu awak marah.
Jadi kalau awak gian nak main gitar jugak tengah-tengah malam, tapi takut ibu awak marah boleh amalkan cara strumming ini.
Cara strumming ni mudah, awak hanya perlu gunakan ibu jari je.
Strum kebawah guna bahagian tepi ibu jari, strum keatas pun guna bahagian tepi ibu jari.
Kelebihan strum ni (ataupun kekurangan) ialah bunyi dia agak slow dan mellow.
Jadi sesuailah untuk guna cara strumming ni kalau nak main gitar slow-slow tak kacau orang lain sangat.
Ingat, takut ibu marah main gitar malam-malam?
Gunakan ibu jari untuk strum ( Get it?? )
OK, so itu sahaja jenis strum yang saya boleh kongsikan.
Kalau awak rasa cara strum ni susah dan tak membantu, awak bolehlah cari cara strumming yang lain.
Setiap orang ada preference masing-masing.
Harap apa yang saya kongsi ni membantu.
Boleh tinggalkan komen dibawah kalau ada benda tak clear dalam artikel ni.
Tolong ajar saya strumming gitar lagu ippoh hafiz-rahsia tuhan plisss bro aku pun tak tau cam mana nak strumming aku dah try
D DUDUDD pun tak kena ngan lagu pliss balas email saya
Boleh tengok video kat link ni Video Strumming Pattern Gandaan 3
Incase link tak boleh tekan, search je kat Youtube “Strumming Pattern Gandaan 3 Azam”.
Boleh cuba try guna strumming pattern ni kat lagu tu.