OK, kalau awak dah boleh main chord asas tu bagus dah.
Tapi persoalannya adakah awak boleh main chord asas tu dengan bunyi yang jelas dan sedap?
Kalau awak rasa chord yang awak tekan tu :
Bunyi buzzing
Bunyi macam tak keluar habis
Bunyi tak sedap atau bunyi macam pelik
Maknanya mungkin cara awak tekan chord tu ada kesalahan sikit.
Antara masalah gitaris beginner ialah dia tahu chord dia main tu ada bunyi sumbang, tapi dia tak tahu apa yang patut dibuat untuk bagi chord yang dia main tu bunyi OK.
Jadi untuk kita tahu apa yang kita buat untuk improve bunyi chord yang kita tekan tu, mula-mula sekali, kita kena tahulah PUNCA yang menjadikan chord kita tekan tu bunyi sumbang atau tak keluar bunyi.
Video di bawah ni saya kongsikan 4 punca kenapa chord kita tekan tu bunyi sumbang.
2. Mahirkan Cara Nak Strum
Untuk peringkat awal ni tak payah serabut dengan Strumming Pattern dulu.
Mahirkan CARA STRUM tu dulu.
Kalau cara strum pun tak betul, bunyi Strumming Pattern pun akan jadi berterabur nanti.
Awak kena pastikan awak boleh :
(i) Strum down dan up dengan SELESA
(ii) Strum down dan up dan dapat BUNYI JELAS DAN SEDAP
(iii) Strum down dan up DENGAN PICK ATAUPUN TANPA PICK
Strumming ni walaupun nampak simple, tapi dia ada cara dia, tak boleh main bedal je buat.
Ini beberapa video pasal cara strum yang awak boleh tengok.
Video Cara Strum Tanpa Menggunakan Pick
Video Cara Strum Dengan Menggunakan Pick
Video Tips Elak Tangan Cepat Lenguh Waktu Strumming
3. Belajar Cara Nak Tukar Chord Dengan Lancar
Dah boleh main chord bunyi sedap?
Dah kuasai cara nak strum gitar?
OK sekarang baru kita boleh sembang pasal cara nak praktis tukar chord.
Awak boleh cuba search lagu yang awak minat nak belajar.
Kalau lagu tu chord dia awak boleh main, cuba praktis TUKAR CHORD mengikut turutan dalam lagu tu.
Contoh kita ambik lagu XPDC – semangat yang hilang.
Turutan Chord dekat lirik awal dia tu ialah :
Jadi kita akan praktis tukar chord ikut turutan dalam lagu tu.
Mula-mula praktis chord C tukar ke chord G.
Lepas dah lancar, prakits tukar chord G ke chord Am,
Lepas tu praktis chord Am tukar ke Chord F.
Ha, lepas tu praktislah sampai habis.
Fokus praktis tukar chord dulu, jangan fikir sangat pasal strumming pattern dan bila nak tukar chord tu.
Itu kita cover next.
3(a). Tips Praktis Tukar Chord
Tips Pertama : Praktis tukar chord menggunakan lagu yang memang awak nak main
Elakkan daripada praktis tukar chord secara random, sebab kalau praktis guna lagu, secara tidak langsung kita dah belajar lagu tu.
Ataupun kalau lagu yang awak nak main tu chord dia banyak yang awak tak pernah belajar (contoh macam lagu Band Hujan), mungkin awak boleh belajar lagu-lagu pop, rock, pop punk yang mainstream (selalu keluar radio).
Takpun lagu-lagu Rock Kapak.
Biasanya lagu-lagu macam tu chord dia guna chord asas je.
Tips Kedua : Kenalpasti jari apa yang nak kena gerak waktu tukar chord tu
Bila dah kenalpasti jari apa yang kena gerak waktu tukar chord tu, cuba kenalpasti pulak jari tu nak gerak ke tali dan fret mana.
Kadang-kadang kita susah nak tukar chord dengan lancar sebab kita tak tahu jari mana nak kena gerak ke mana.
Tips Ketiga : Tukar Chord secara perlahan dahulu
Tukar chord ni jangan gelojoh sangat untuk peringkat awal.
Tukar je secara perlahan dulu.
Bagi masa untuuk jari kita ingat pergerakan waktu nak tukar chord tu.
Praktis tukar chord ni kena relax je, kita bukan dalam pertandingan nak bandingkan siapa tukar chord paling laju.
Video Tips Praktis Tukar Chord
3(b). Cara Nak Praktis Tukar Chord
OK sekarang kita dah tahu tips nak tukar chord.
Sekarang kita pergi kepada CARA pulak.
Cara nak praktis tukar chord mungkin lagi jelas kalau awak tengok video dibawah :
Video Cara Nak Praktis Tukar Chord
Kalau awak dah tengok video diatas awak akan perasan saya ada sebut Strum 4 kali.
“Kenapa kena strum 4 kali?”
Sebenarnya tak kesah pun awak nak strum berapa kali, tapi bagi saya 4 kali tu paling berkesan untuk bagi masa untuk awak relax sekejap dekat satu chord sebelum tukar ke chord seterusnya.
Lagipun kebanyakan Strumming Pattern pun dia dalam 4 beat macam tu untuk satu chord.
Jadi cara kira strum 4 kali ni, dia akan permudahkan awak untuk belajar Strumming Pattern nanti.
4. Belajar untuk 'teka' bila nak kena tukar chord
OK bila dah mahir tukar chord, antara cabaran yang awak mungkin hadapi ialah awak mungkin tak tahu bila nak kena tukar chord.
Chord dekat Google ni kadang-kadang dia tak letak chord tu pada lirik yang tepat.
Jadi bila kita tukar chord tu ikut chord yang Google letak atas lirik tu bulat-bulat, kadang-kadang bunyi dia akan jadi macam tak berapa masuk dengan lagu.
Mungkin awak tertanya macam mana nak tahu bila nak kena tukar chord?
Sebenarnya topik bila nak tukar chord ni topik yang agak kompleks sebab awak kena faham pasal Time Signature, Rhythm semua tu.
Tapi antara tips mudah saya boleh kongsi :
Biasanya kebanyakan lagu akan strum dalam gandaan 2, 4, atau 8 kali/beat.
Kalau nak lagi jelas, boleh tengok video dibawah.
5. Belajar Strumming Pattern
Strumming Pattern ni penting untuk kita belajar sebab dia akan jadikan chord yang kita main tu bunyi lebih rancak.
Jadi kalau awak nak belajar Strumming Pattern, boleh klik button hijau dibawah.
Dekat situ saya ada kongsi video tutorial Strumming Pattern yang saya dah buat.
Great content! Keep up the good work!