Ringkasan Modul :

Modul ini mengandungi 4 kelas.

1 kelas biasanya sejam.

Kelas akan dilakukan secara individu, bukan secara berkumpulan.

Platform : Zoom

Topik yang diajar didalam kelas

kelas gitar kuasai major scale
Kelas ini harganya RM40 jika diambil secara berasingan
2 Belajar Gitar Bersama AzamPro
Kelas ini harganya RM40 jika diambil secara berasingan
kelas gitar kuasai major scale
Kelas ini harganya RM40 jika diambil secara berasingan
kelas gitar kuasai major scale
Kelas ini harganya RM40 jika diambil secara berasingan

Amaran : Kelas ini  belum masuk topik soloing lagi, kelas ini saya sediakan awak dengan ILMU ASAS yang akan mudahkan awak untuk belajar pasal soloing.

Kalau awak expect join kelas ni boleh terus soloing, nasihat saya jangan join kelas ini.

Harga Kelas Gitar

Harga untuk 4 kelas ni kalau diambil secara berasingan ialah RM160.

Tapi kalau awak ambil satu modul 4 kelas terus harganya RM120 (Jimat RM40)

"Kalau nak solo gitar kena belajar scale"

Ini nasihat cliche yang awak akan dapat bila ditanya macam mana nak solo gitar.

 

Infact kalau awak nak belajar pasal topik soloing dekat Youtube pun, memang kebanyakannya tak lari dari menyebut pasal scale.

"Macam mana nak guna scale untuk soloing?"

Soalan ini antara soalan yang kerap orang tanya dekat saya.

Padahal ada beribu video dekat Youtube yang cerita pasal cara nak guna scale dalam soloing.

 

Lama-lama saya mulai sedar yang kebanyakan orang susah nak faham pasal cara guna scale ialah disebabkan 1 punca, iaitu :

TIADA ASAS MUSIC THEORY YANG KUKUH

 

Bila asas music theory awak tak kukuh, tengoklah sejuta video pasal scale sekalipun kemungkinan besar awak akan tetap tak faham cara nak guna.

 

 

Asas Music Theory Apa Yang Perlu Kukuh Kalau Saya Nak Kuasai Topik Scale

Ada tiga asas yang paling penting :

  1. Kenal notes dekat gitar
  2. Interval
  3. Formula Major Scale (bukan terus belajar pattern semata)

 

Kukuhkan tiga asas ni, saya berani jamin ianya akan memudahkan awak untuk belajar soloing menggunakan scale.

Bukan setakat topik scale, topik muzik yang lain macam triad, chord progression, mode, modular interchange, secondary dominant pun awak akan lebih senang nak faham.

 

Jadi kalau awak betul-betul nak kukuhkan 3 asas music theory ni, saya sarankan awak sertai modul kelas gitar saya ni

Kelas Kuasai Major Scale 1 : Formula, Pattern & Fingering

Jom Belajar Asas Scale Dengan Cara Yang Betul Dan Teratur

Ok, jom saya kongsi apa yang awak akan belajar didalam kelas dan macam mana ianya boleh membantu.

kelas gitar kuasai major scale
Kelas ini harganya RM40 jika diambil secara berasingan

Kenapa kenal dan hafal notes dekat gitar dulu?

Sebab ini ialah asas yang akan memudahkan kita belajar scale.

Kalau awak tak kenal notes dekat gitar awak mungkin akan hadap tiga masalah ni :

(i) Tak tahu cara nak cari pattern scale sendiri

(ii) Awak tak tahu apa nama note yang ada didalam satu-satu scale yang awak main tu

(iii) Awak tak tahu note apa nak target bila nak soloing

2 Belajar Gitar Bersama AzamPro
Kelas ini harganya RM40 jika diambil secara berasingan

Kebanyak formula didalam topik Scale ataupun Triad memang menggunakan Interval.

Contoh :

Formula Harmonic Minor Scale : 1 2 b3 4 5 b6 7

Formula Augmented Triad : 1 3 #5

Kalau awak tak kuasai topik interval, memang awak tak fahamlah macam mana nak baca formula ni.

kelas gitar kuasai major scale
Kelas ini harganya RM40 jika diambil secara berasingan

Kebanyakan gitaris hanya belajar scale dengan cara menghafal pattern semata-mata.

Benda ni tak salah, tapi at one point awak akan susah nak faham topik-topik advanced macam Chord Progression, Mode, Modular Interchange kalau awak tak faham FORMULA disebalik scale yang awak main tu.

Lagi satu kalau awak hanya hafal pattern je, bila awak nak improvise nanti, kreativiti soloing akan terhad sebab awak tak tahu cara nak main scale selain dari pattern yang awak hafal tu.

Dalam kelas ni juga saya akan ceritakan apa tujuan kita belajar scale supaya kita tak belajar scale secara membuta tuli sebab ikut-ikut orang lain.

kelas gitar kuasai major scale
Kelas ini harganya RM40 jika diambil secara berasingan

​Lepas awak dah kenal notes dan dah faham formula barulah kita akan belajar pattern dan fingering.

Dalam kelas ni saya akan ajar macam mana kita boleh dapat pattern scale yang awak selalu jumpa kat Youtube tu.

Dan dalam kelas ni jugak saya akan ajar awak macam mana nak buat pattern scale sendiri berdasarkan ilmu didalam kelas sebelumnya.

 

Pattern dan fingering ni sangat penting dalam soloing sebab ianya membantu untuk kita soloing dengan lebih lancar.

Kenapa modul ni hanya belajar Major Scale sahaja?

Walaupun Scale ada banyak tapi dalam kelas ni saya hanya akan ajar Major Scale sahaja.

 

Sebab Major Scale merupakan scale yang paling selalu digunakan dalam lagu-lagu pop mainstream ataupun Punk Rock.

 

Apa yang saya ajar ni walaupun hanya menggunakan major scale, sebenarnya saya ajar konsep CARA BELAJAR SCALE dengan betul.

 

Kalau awak betul-betul faham, sebenarnya awak boleh apply ilmu ini untuk scale-scale asas yang lain.

 

So mahal tau ilmu saya nak ajar ni, bukan setakat boleh apply untuk Major Scale sahaja.

Kelas gitar online ni macam mana ye? Boleh explain lebih detail?

(a) Masa dan hari untuk jadual kelas macam mana?

Masa dan hari kena bincang dulu, tengok bila masa saya dan awak free

Tempoh kelas biasanya dalam sejam

Kelas seminggu sekali

 

Peringatan penting : Slot masa untuk MALAM biasanya terhad sebab banyak prefer malam, kalau nak waktu malam lebih baik book awal-awal.

(b) Kelas gitar ni ada online je ke?

Ya, buat masa ni saya hanya buat kelas melalui online sahaja

Platform biasanya Zoom

(c) Kelas one-on-one  ke?

Ya, kelas private one-on-one, bukan dalam group

(d) Ada recording untuk kelas tak?

Atas sebab tertentu, buat masa ni saya tak serahkan recording kelas kepada student.

Tapi saya ada sediakan nota dalam google sheet sebagai rujukan

Bukan setakat nota, homework pun saya akan bagi untuk tingkatkan kefahaman awak

Jangan risau, kalau ada benda tak faham/tak ingat boleh DM/whatsapp je saya

Berapa harga kelas Kuasai Major Scale 1 ni?

Harga untuk 4 kelas ni kalau diambil secara berasingan ialah RM160.

Tapi kalau awak ambil satu modul 4 kelas terus harganya RM120 (Jimat RM40)

Berbaloi ke join kelas ni untuk belajar pasal scale? Bukan kat Youtube banyak ke video pasal scale?

​Betul, saya tak nafikan memang banyak video pasal scale kat Youtube.

Tapi kalau betul ramai boleh faham topik scale semata-mata melalui Youtube kenapa saya selalu terima soalan orang bertanya pasal cara nak guna scale untuk soloing?

Itu tandanya kebanyakan orang tak FAHAM pun asas scale ni.

Kalau tak faham asas scale, nak guna untuk soloing pun mesti lagilah tak faham.

Tapi apa yang saya boleh janji yang membuatkan kelas gitar ni berbaloi ialah :

(i) Awak dapat jimat masa belajar scale dengan cara yang lebih teratur dan mudah faham

Kelas ni saya betul-betul dah susun dengan aturan yang akan kasi ilmu ASAS SCALE ni melekat dalam kepala awak

(ii) Kelas ni dibuat secara interaktif, maknanya selepas saya ajar, awak pulak kena buat. Jadi saya boleh nilai sama ada awak betul-betul faham ataupun tidak topik yang saya ajar tu.

Kalau belajar kat Youtube awak mungkin boleh belajar lompat-lompat.

Kalau belajar kat Youtube awak mungkin boleh tipu kata awak faham padahal tak faham pun.

Dalam kelas ni saya sendiri akan nilai sama ada awak faham atau tidak berdasarkan praktikal didalam kelas.

Selepas kelas yang saya buat tu, saya akan tinggalkan latihan supaya awak boleh refresh ilmu yang awak belajar selepas kelas tu.

Takdelah belajar lepas tu lupa.

Notes pun saya akan bagi sebagai rujukan.

Nak Tengok Testimoni Dulu? Silakan

Ini merupakan koleksi testimoni Student yang pernah join kelas yang saya ajar topik SCALE

testimoni kelas scale
testimoni kelas scale
testimoni kelas scale

Amacam?

 

Rasa nak join?

 

Klik button hijau dibawah untuk daftar dan set masa untuk kelas melalui Whatsapp.

 

 

2 Responses

    1. hai zulhelme, detail masa kena bincang direct, tapi buat masa ni malam limited sikit. Boleh klik link whatsapp dekat atas tu dan bagitahu masa awak free bila, nanti saya try tengok boleh masuk slot tak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *