Kelas ini memerlukan anda ada asas yang kukuh.
Pastikan awak tahu :
+ Cara nak praktis chord bagi bunyi keluar sedap
+ Cara nak tukar chord dengan teratur dan lancar
+ Cara nak main lagu berpandukan chord di Google
Kalau awak tak kuasai salah satu benda diatas, nasihat saya join KELAS GITAR BEGINNER 1 dulu.
Klik butang hijau dibawah untuk pergi ke page combo Kelas Gitar Beginner 1 dan 2.
Modul ini mengandungi 4 kelas.
1 kelas biasanya sejam.
Kelas akan dilakukan secara individu, bukan secara berkumpulan.
Platform : Zoom
Harga untuk 4 kelas ni kalau diambil secara berasingan ialah RM160.
Tapi kalau awak ambil satu modul 4 kelas terus, harganya hanya RM120 (jimat RM40)
Saya tahu awak mungkin terfikir :
“Kat Youtube kan boleh banyak video pasal Barre Chord, Asas Chord Progression dan Slash Chord, kenapa nak join kelas ni pula?”
Ok dia macam ni.
Betul awak boleh belajar Barre chord, Asas Chord Progression, dan Slash chord sendiri dekat Youtube.
Tapi awak kena ingat, belajar dekat Youtube ni pun ada kelemahannya.
Antaranya :
Video kat Youtube ni kadang-kadang dia just ajar benda tu, tapi dia tak cerita secara mendalam macam mana nak guna.
Contohnya barre chord.
Banyak video cerita cara nak tekan barre chord.
Tapi tak banyak video yang cerita sekali apa kelebihan kita boleh dapat bila kita belajar barre chord.
Macam Slash Chord pula ada banyak video yang kongsikan cara nak guna.
Tapi kebanyakan contohnya agak general dan susah difahami gitaris beginner.
Jadi janji saya, dalam kelas saya :
Saya akan ajar topik tu berserta dengan cara nak guna sekali
Saya akan ajar dalam susunan yang lebih mudah difahami.
Saya akan sediakan nota sekali supaya awak boleh buat ulangkaji dan rujukan
Yes, awak boleh belajar barre chord dan slash chord dekat Youtube.
Tapi kalau awak stuck atau tak faham, Youtube tak boleh bantu awak on the spot.
Kalau awak salah cara tekan, Youtube tak boleh bagi advice dan feedback untuk awak betulkan jari.
Kenal nama notes dekat tali 6 dan tali 5
4 Shape Barre Chord Asas
Tips Asas Untuk Tekan Barre Chord
Barre Chord Versi Lebih Senang (Simplified)
4 Kelebihan Belajar Barre Chord
Roman numeral didalam Chord Progression
Apa kelebihan faham asas chord progression didalam key
Macam mana cara kita nak visualize barre chord supaya senang nak cari chord next kita nak teka
Kenapa ada chord dekat google yang guna capo dan apa tujuannya?
Asas untuk transpose key dan kelebihannya
Cara nak dapatkan chord lain daripada barre chord
Bila nak guna chord Dominant 7th macam Chord G7
Bila nak guna chord Sus4 macam Dsus4
Memahami asas slash chord
Slash Chord paling wajib diketahui
4 Cara Penggunaan Slash Chord
(a) Berapa harga 1 modul ni?
(b) Masa dan hari untuk jadual kelas macam mana?
Masa dan hari kena bincang dulu, tengok bila masa saya dan awak free
Tempoh kelas biasanya dalam sejam
Kelas seminggu sekali
Peringatan penting : Slot masa untuk MALAM biasanya terhad sebab banyak prefer malam, kalau nak waktu malam lebih baik book awal-awal.
(c) Kelas gitar ni ada online je ke?
Ya, buat masa ni saya hanya buat kelas melalui online sahaja
Platform yang digunakan ialah Zoom.
(d) Kelas one-on-one ke?
Ya, kelas private one-on-one, bukan dalam group
(e) Ada recording untuk kelas tak?
Atas sebab tertentu, buat masa ni saya tak serahkan recording kelas kepada student.
Tapi saya ada sediakan nota dalam google sheet sebagai rujukan
Bukan setakat nota, homework pun saya akan bagi untuk tingkatkan kefahaman awak
Jangan risau, kalau ada benda tak faham/tak ingat boleh DM/whatsapp je saya
Jadi kalau awak berminat nak join kelas ni untuk belajar main gitar secara teratur awak boleh whatsapp saya.
Klik button hijau dibawah untuk daftar dan set masa untuk kelas :
Macam saya sebut kat atas, Youtube ni pun ada kelemahan tersendiri.
Lagi satu, kalau banding dari segi duit, memang tak dinafikan Youtube lagi jimat.
Tapi cuba bandingkan dari perspektif masa yang awak boleh jimat untuk kuasai topik-topik ni.
Kalau belajar sendiri kat Youtube silap-silap boleh makan 2 ke 3 bulan untuk betul-betul kuasai topik-topik ni dan faham cara nak guna.
Itupun kalau awak betul-betul rajin explore.
Tapi takpe, kalau awak masih tak yakin, jaminan saya seperti dibawah.
Awak boleh belajar dengan silibus yang tersusun. Takdelah belajar lompat sana lompat sini.
Kalau awak tak faham boleh tanya terus dalam kelas, jadi takdelah anda faham benda yang salah.
Kelas akan diselang seli dengan praktikal, untuk pastikan anda betul-betul faham apa yang diajar.
Ilmu dalam modul yang saya ajar ni sangat sesuai untuk sediakan awak untuk jamming dengan orang lain. (Contoh : lead gitaris ataupun penyanyi).
Yelah, takkan awak main gitar seorang je kan, mesti akan ada rasa nak jamming dengan orang lain.
Saya berani katakan MUSTAHIL untuk awak tak faham apa-apa saya ajar melainkan awak memang tak fokus langsung waktu kelas.
Silibus kelas gitar saya memang saya cuba usahakan untuk ajar dalam bahasa paling mudah difahami.
Lagipun waktu dalam kelas, memang akan ada latihan praktikal untuk awak buat, supaya saya sendiri boleh nilai awak faham ataupun tidak.
Takde apa nak risau pun, kalau tiba-tiba rasa tak faham selepas kelas.
Whatsapp saya sentiasa available untuk jawab soalan awak.
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment *
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.