Saya tahu awak mesti tertanya-tanya apa kelebihan join kelas gitar beginner 1 ni berbanding belajar gitar dekat Youtube kan?
Tapi sebelum tu kita sembang pasal matlamat utama orang yang baru nak belajar main gitar.
Biasanya matlamat utama orang yang baru nak belajar main gitar ni satu je.
Dia nak main lagu yang dia minat.
Mungkin awak nak main lagu Kotak Hati macam saya mainkan dalam video dibawah.
Ataupun mungkin awak nak main lagu legend dulu-dulu, lagu Man Bai – Kau Ilhamku.
Tak kesahlah awak nak belajar lagu apa sekalipun, biasanya otai-otai gitar akan suruh awak mula dengan belajar chord dulu.
Kalau zaman dulu, nak belajar chord mungkin kena beli buku chord ataupun kena berguru dengan kawan.
Tapi zaman sekarang ni, nak belajar gitar dah makin mudah.
Buka je Youtube awak boleh jumpa banyak gila video pasal belajar gitar.
Tapi awak kena ingat, belajar kat Youtube ni pun ada kelemahannnya yang tersendiri.
Antara kelemahan belajar gitar kat Youtube :
Terlalu banyak pilihan video, awak pun pening nak belajar mana satu dulu
Youtube ni addictive, lepas habis satu video, dia suggest video lain, last-last awak lagi banyak tengok video daripada praktis gitar tu.
Belajar banyak-banyak benda dalam satu masa ni sebenarnya tak produktif pun, otak kita ada had bila nak belajar sesuatu.
Setiap orang ada masalah dan cabaran masing-masing bila belajar main gitar, tapi video kat Youtube ni pulak kebanyakannya terlalu general.
Kalau awak belajar berguru, sekurang-kurangnya guru boleh tegur kesalahan yang awak buat dan guide awak secara teratur.
Ok, cukup cerita pasal Youtube.
Let say awak memang boleh belajar main gitar kat Youtube.
Nak mula belajar main gitar ni biasanya orang akan mula dengan belajar chord.
Nak belajar chord ni mungkin tak susah sangat, tengok youtube, tengok jari kena tekan tali mana, fret mana, dah setel dah belajar chord.
Tetapi ada beberapa masalah lain pula yang timbul
Macam mana nak praktis chord dengan betul, macam mana nak tau chord saya tekan ni bunyi betul?
Macam mana nak praktis tukar chord, nak bagi tukar chord tu laju je, tak sangkut – sangkut?
Macam mana saya nak tau bila nak tukar chord bila belajar lagu? Berapa kali nak strum chord ni?
Masalah-masalah inilah yang selalu menyebabkan gitaris beginner stuck at one point.
Ok sejujurnya, masalah yang saya sebut tu awak boleh je nak cari jalan penyelesaian sendiri.
Tapi percayalah, awak akan buang banyak masa nak explore cari jalan penyelesaian sendiri. Silap-silap, tak jumpa jalan keluar langsung.
Jadi saya nak ajak awak untuk join kelas gitar modul beginner saya ni, supaya awak boleh mula belajar main gitar secara teratur dan tak buang masa belajar benda salah.
Saya akan guide awak melalui zoom sampai awak faham cara nak selesaikan 3 masalah yang saya sebut diatas.
Ok, so apa yang saya ajar dalam kelas ni?
Isi Kandungan Kelas Gitar Online (Modul Beginner 1)
Kelas ni harganya RM40 jika diambil secara berasingan
Pengenalan
Persediaan sebelum main gitar
Pengenalan kepada badan gitar
Cara belajar chord dan cara praktis chord yang betul
Cara nak baca diagram chord
Cara nak kenalpasti punca chord kita tekan tak keluar bunyi atau bunyi sumbang
Cara nak praktis chord secara individu
Kenapa susah nak ingat chord dan tips nak mudah ingat chord
Asas Strumming
Cara nak strum gitar
Tips nak elakkan tangan cepat lenguh waktu strumming
Kelas ni harganya RM40 jika diambil secara berasingan
Cara nak praktis pertukaran chord yang lebih teratur
Apa perlu dibuat sebelum nak praktis tukar chord
Apa yang perlu diberi perhatian sewaktu nak tukar chord
Cara praktis tukar chord menggunakan Metronome
Kenapa penting untuk praktis tukar chord mengikut tempo
Kelas ni harganya RM40 jika diambil secara berasingan
Kelas ni harganya RM40 jika diambil secara berasingan
Asas Yang Perlu Difahami Untuk Mudahkan Anda Belajar Chord Lagu Di Google
Masalah dan cabaran bila kita google chord lagu
Macam mana nak tahu berapa kali nak strum atau bila nak tukar chord
Chord singgah
Contoh aplikasi dan praktikal dalam lagu :
Man Bai – Kau Ilhamku
Haqiem Rusli – Segalanya
Iamneeta – Terima Kasih
Ed Sheeran – Perfect
Contoh aplikasi dan praktikal dalam lagu pilihan pelajar
Kelas gitar online ni macam mana ye? Boleh explain lebih detail?
(a) Berapa harga 1 modul ni?
Harga untuk 4 kelas ni kalau diambil secara berasingan ialah RM160.
Tapi kalau awak ambil satu modul 4 kelas terus harganya RM120 (Jimat RM40)
(b) Masa dan hari untuk jadual kelas macam mana?
Masa dan hari kena bincang dulu, tengok bila masa saya dan awak free
Tempoh kelas biasanya dalam sejam
Kelas seminggu sekali
Peringatan penting : Slot masa untuk MALAM biasanya terhad sebab banyak prefer malam, kalau nak waktu malam lebih baik book awal-awal.
(c) Kelas gitar ni ada online je ke?
Ya, buat masa ni saya hanya buat kelas melalui online sahaja
Platform yang digunakan ialah Zoom
(d) Kelas one-on-one ke?
Ya, kelas private one-on-one, bukan dalam group
(e) Ada recording untuk kelas tak?
Atas sebab tertentu, buat masa ni saya tak serahkan recording kelas kepada student.
Tapi saya ada sediakan nota dalam google sheet sebagai rujukan
Bukan setakat nota, homework pun saya akan bagi untuk tingkatkan kefahaman awak
Jangan risau, kalau ada benda tak faham/tak ingat boleh DM/whatsapp je saya
Amacam? Berminat nak join?
Jadi kalau awak berminat nak join kelas ni untuk belajar main gitar secara teratur awak boleh whatsapp saya.
Klik button hijau dibawah untuk daftar dan set masa untuk kelas :
Berbaloi ke bayar RM120 untuk join kelas gitar online ni? Youtube kan free?
Jaminan saya untuk anda yang join kelas gitar online ni :
Anda boleh belajar dengan silibus yang tersusun. Takdelah belajar lompat sana lompat sini.
Kalau anda tak faham boleh tanya terus dalam kelas, jadi takdelah anda faham benda yang salah.
Kelas akan diselang seli dengan praktikal, untuk pastikan anda betul-betul faham apa yang diajar.
Ilmu dalam modul yang saya ajar tu anda boleh guna untuk long term kalau anda betul-betul faham.
Masih ragu-ragu nak join? Apa kata kita tengok testimoni dan feedback peserta yang pernah join :
"Lepas join kelas gitar online dengan Azam sekarang dah pandai plucking, dah pandai cari strumming pattern sendiri"
Faqih
Peserta Kelas Gitar Beginner (Full Module)
" Modul tu pun you arranged nicely (silibus tersusun), so senanglah nak tangkap . You pun explain secara detailed macam mana nak tukar chord, that really helps me"
Fawwaz
Peserta Kelas Gitar Beginner (Modul Beginner 1)
Student dalam video di atas ni baru habis satu kelas je, itupun dah dapat belajar macam-macam. Kalau join sampai habis fuh memang lagi banyaklah dapat ilmu baru.
Di bawah ni ialah feedback dari Syukri, sebenarnya dia ni takdelah beginner sangat sebab dia tahu beberapa chord asas.
Tapi dia tetap dapat belajar benda baru lepas join kelas ni.
Feedback dari Syukri
Feedback dari Shafiqram
Feedback dari Syafie
Amacam? Dah makin yakin?
Dah betul-betul yakin untuk join kelas gitar online ni untuk up level gitar awak dan belajar gitar secara teratur?
Klik button hijau dibawah untuk daftar dan set masa
Tak boleh bak daftar
hai hafiz, boleh klik link ini https://wa.me/601135328978?text=daftarkelasbeginner1
kalau masih tak boleh, boleh whatsapp saya di 011-35328978.
Minta maaf atas segala kesulitan.