Macam Mana Kelas Gitar Beginner 1 Dan 2 Boleh Membantu Awak?
Kelas Beginner 1 (Kelas 1 – 4 , gambar kuning)
Dalam kelas beginner 1, saya akan ajar awak ilmu yang paling asas yang memudahkan awak untuk main lagu.
Ada 3 benda paling penting awak perlu kuasai, kalau nak mula main lagu, iaitu :
+ Tahu cara nak praktis chord sampai dapat bunyi yang sedap
+ Tahu cara praktis tukar chord dengan teratur dan lancar
+ Tahu cara nak belajar lagu berpandukan chord di Google
Jadi kelas beginner 1 memang kita fokus topik ni sahaja, sebab kalau awak tak kuasai 3 benda ni, playing awak mungkin akan jadi berterabur bahkan mungkin lebih teruk lagi awak akan stuck.
Kelas Gitar Beginner 2 (Kelas 5 – 8 , gambar oren)
Dalam kelas gitar beginner 1, saya hanya ajar benda yang cukup syarat untuk awak mula belajar lagu.
Dalam kelas gitar beginner 2 saya akan ajar awak ilmu yang advanced seperti :
+ Barre Chord dan apa kelebihannya
+ Slash Chord, Sus4 dan Dominant Seventh Chord dan macam mana nak guna
+ Asas Chord Progression didalam Key
Ilmu-ilmu ni bila awak kuasai awak boleh belajar lebih banyak lagu tanpa terhad kepada chord yang senang sahaja.
Dan ilmu-ilmu ni juga merupakan asas yang sangat penting kalau awak nak jamming dengan orang lain sebagai rhythm guitarist.
Kelas gitar online ni macam mana ye? Boleh explain lebih detail?
(a) Berapa harga untuk Combo Kelas Gitar Beginner 1 dan 2 ni?
Modul ni kalau diambil secara berasingan, harganya Rm120 setiap satu.
Jadi kalau awak ambil modul Beginner 1 dan Beginner 2, sebenarnya harga asalnya ialah RM240.
Tapi saya kalau awak ambil COMBO JIMAT modul Beginner 1 dan Beginner 2 sekaligus . . .
Harganya cuma RM200 (Jimat RM40)
(b) Masa dan hari untuk jadual kelas macam mana?
Masa dan hari kena bincang dulu, tengok bila masa saya dan awak free
Tempoh kelas biasanya dalam sejam
Kelas seminggu sekali
Peringatan penting : Slot masa untuk MALAM biasanya terhad sebab banyak prefer malam, kalau nak waktu malam lebih baik book awal-awal.
(c) Kelas gitar ni ada online je ke?
Ya, buat masa ni saya hanya buat kelas melalui online sahaja
Platform biasanya Zoom atau Google Meet
(d) Kelas one-on-one ke?
Ya, kelas private one-on-one, bukan dalam group
(e) Ada recording untuk kelas tak?
Atas sebab tertentu, buat masa ni saya tak serahkan recording kelas kepada student.
Tapi saya ada sediakan nota dalam google sheet sebagai rujukan
Bukan setakat nota, homework pun saya akan bagi untuk tingkatkan kefahaman awak
Jangan risau, kalau ada benda tak faham atau tak ingat boleh whatsapp je saya
One Response